Wednesday, June 9, 2010

Jangan Mencari Terlalu Sempurna

Untuk di kongsi bersama...
diberi oleh seorang sahabat untuk muhasabahkan diri...

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”
Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masihhidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal danmemperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamuMEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasaterlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinyalagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadimilik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa sertaBERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA danterus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kanberganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

p/s:notes ni pun sgt bergune..i like..<3 mayb tul gak kate BFF "kamu jgn memilih sgt"..tp utk ms dpn xslh utk memilih demi kebaikkan bersama..aku xlah memilih dr segi rupa paras,tp xtau la..terkdg tu manusia der keinginan utk memilih..tp redha dgn segala ketentuanNYA atas segala pemberian dan sebagainya....~

Tanda Lelaki Ikhlas Jatuh Cinta

Cinta adalah satu anugerah tuhan yang tak tenilai untuk kita, insan yang mempunyai akal, fikiran, hati & perasaan. Cinta yang sejati datang dari hati. Cinta yang palsu datang dari nafsu. Betol ke? Tidak semua perkara indah sentiasa. Kadangkala dugaan datang untuk menguji..Jika kita mengalah, kita adalah lemah. Ujian datang untuk menguji sejauh mana teguhnya hati kita kepada sesuatu perkara.

Jadi, aku secara no heart feeling search kt google, saja untuk menguji diri sendiri sejauh mana teguhnya diri aku. Hanya satu title yang aku taip & search kat google tu. Teramat banyak results nya. Aku pilih yang terbaik, kebanyakkannya lebih kurang sama, cuma susunan ayat & bahasa yang digunakan, ada yang indonesia dan ada yang malay. Jadi, aku secara generalnya memberi kredit untuk google.

Aku ikut kata majoriti. Adakah aku benar atau salah selama ini. Aku analisis diri sendiri. Ada silapkah di mana-mana. Ada cela kah di mana-mana. Ada kekurangan kah di mana-mana. Tapi, aku hanya manusia biasa. Terlalu banyak kurangnya. Tapi itu semua boleh dibaiki agar lebih baik di masa hadapan.

Tanda-tanda lelaki ikhlas jatuh cinta & jatuh hati

- Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela & ikhlas bukan kerana terpaksa.

- Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

- Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

- Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

- Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

- Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

- Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

- Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

- Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

- Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

- Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

- Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

- Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

- Dia ikhlas mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

- Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

- Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

- Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kasihnya dgn sabar.

- Dia suka membanggakan kekasihnya di depan org lain.

- Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

- Apabila muncul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

- Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

- Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

- Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

p/s : actually terjmpe notes ni kt fb..so sje jek nk share dgn korg yg bace ni..if de sape2 nk tmbh2 lg pe yg krg silaknla..;) mayb der yg tul kot..keikhlasan seseorg bkn semudah leh lihat dgn mata kasor kn..hhuhuhu~

Monday, June 7, 2010

~LoVe~

~LOVE~
datang tanpa diduga bila waktunya..pergi tanpa dipinta or tidak disangka cinta itu akn pergi begitu sje..
adkh bila hati berdebar bila kita berjmpe dgn sidia?itukah dikatakn cinta?
ATAU org yg berjaya menangi hati seseorg dgn memberi cinta dengan menunjukkn kesungguhan utk mendptkn cinta itu? ermm...mcm2 soklan tntg cinta tiba2 dtg dlm pikiran aku skg ni...aku xtau pe yg aku rase..pe yg aku pikirkan..pe yg patut aku lakukan..if aku wat xtau means aku ni sorg yg pentingkn diri sndri..coz x tau menghargai cinta org lain terhadap aku..tp aku ni dh sedia ke utk CINTA?? stelah di LUKAKAN dr perkara yg lps?der gak yg ckp aku ni terlalu JUAL MAHAL dan MEMILIH...
tp org lain mayb xphm pe yg aku rase or hadapi...kdg2 aku rase cam MALAS tul nk pkir hal ni..tp prkara tu dtg utk menduga aku...sbg seorg manusia biase yg x lari dari di duga serta menguji keimanan dan tahap kesabaran..hmmm....

bila hati dh sedia utk membalas cinta dia..tp dia dh de org lain...bila hati jatuh cinta pd seseorg..org tu lak x memberi sbarang respon...aku ni bkn la sng nk syg kt seseorg..tp...leh dikatakn GAGAL DALAM PERCINTAAN gak la..huhuhuhuhuhu~

kdg2 sunyi gak la..tp nk wat cane kn..dh single tu kne la tima gak kenyataan...huhuhu
"JODOH PERTEMUAN DI TANGAN TUHAN.." aku redha dgn ketentuannye...aku pun sentiase berharap supaya ade insan yg dpt membahagiakn aku...bkn hnye utk smentara tp hingga akhir hayat..kdg2 aku ni sorg yg plik kot..coz org ssh utk memahami aku...huhuhuuhhu~
YA ALLAH KAU BERIKAN AKU PETUNJUK MU YA ALLAH....