Tuesday, March 29, 2011

HAWA SEGAN KEPADA ADAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Qistina seorang gadis yang sederhana dalam perwatakannya. Biarpun sederhana penutupan aurat itu tetap dipastikannya agar sentiasa sempurna. Sebelum hatinya diketuk pintu hidayat dari Ilahi, hidupnya tersangat lah ‘happy go lucky’…lelaki & perempuan hampir sama di pandangannya..tepuk tampar rakan baiknya seorang lelaki itu benda yang biasa baginya. Sebut sahaja nama ‘Qistina’ pasti di situ ada ‘Hakimi’. Jika Hakimi ponteng kelas, Qistina yang akan dirujuk terlebih dahulu. Zaman sekolah menengah yang sangat manis baginya.

Hidayat Allah datang dalam berperingkat. Sedikit demi sedikit dirinya terdorong kepada kebaikan namun sekali dia terjatuh, habis dirinya tersembam ke bumi kemungkaran. Dia tidak menyalahkan dunia sekeliling yang tidak langsung memberinya semangat untuk terus istiqomah dalam perubahan kecuali para sahabatnya.

Qistina yakin pada janji Allah bahawa walau setinggi langit dosa yang menyelubungi diri, taubat itulah pembersihnya hingga sesuci yang mungkin dengan kuasa Allah kerana sememangnya Allah yang Maha Penerima Taubat & Maha Pengampun.

Qistina dilahirkan dalam keluarga yang mendidiknya agar sentiasa berdikari. Hingga kini Qistina berdikari. Tidak pernah dia geruni jalan berseorangan tika muslimat yang lain dalam berkumpulan hingga sering ditegur “Qis, jangan berani sangat…” “Ok..,”jawab Qistina dengan sempoinya…di benak hatinya “Nak takut ape? Yang si lelaki sibuk-sibuk nak lalu tempat muslimat lalu kenapa..adoi~”

Qistina sangat aktif di FB nya. Di situ dia mampu meluahkan segalanya. Berkongsi pelbagai ilmu yang diketahuinya. Namun FB nya hanyalah medium dakwah & perhubungannya dengan orang sekitar. Alhamdulillah urusannya dipermudahkan. Allah menggerakkan hati ramai insan untuk berkawan dengannya di FB dek Notes yang ditaipnya. Notes yang bersumberkan ilham dari yang Maha Bijaksana ialah cara dirinya memberi peringatan pada orang lain & terutama pada dirinya sendiri yang masih merangkak untuk mengenali dirinya yang sebenar.

Qistina berpegang pada prinsip bahawa dia ingin menjaga dirinya sebaiknya kerana Allah & RasulNya jua kerana keluarga & suaminya (bakal). Kini Qistina melatih dirinya untuk menjaga dirinya sebaik mungkin kerana Ilahi. Pandangannya cuba ditundukkan. Hatinya sering menolak untuk memikirkan tentang kaum Adam. Mulutnya sering diam membisu jika perbualan di sekitarnya tentang kaum Adam. Segalanya bentuk mujahadah pada Qistina..Qistina mujahadah untuk meletakkan cinta Ilahi satu-satunya cinta yang bersemi di hati.

Namun, perubahan Qistina ini bukanlah tiba-tiba kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Perubahan Qistina ini adalah dek hidayat Allah yang tiba melalui satu peristiwa yang membongkar fitrah dirinya yang sebenar sebagai kaum Hawa yang diselaputi dengan sifat segan terhadap ajnabi.

Di FB, Qistina tidak meletakkan walau satu gambarnya. Jika ada pun, pasti tidak nampak wajah sepenuhnya. Qistina selesa & tidak mahu dikenali ramai terutama dari lelaki yang bukan muhrimnya. Namun, ada sesetengah pihak yang dalam diam mencari identiti Qistina yang sebenar.

Jumaat hari yang penuh barakah olehNya. Qistina akan bertolak bersama sahabatnya ke suatu tempat yang luar dari kawasan kampusnya. Tempat perjanjian mereka untuk bertemu ialah di hadapan masjid. Di situlah segalanya mula terjadi. Qistina & sahabat muslimat yang lain menanti sahabat muslimin yang akan menguruskan mereka. Tiba-tiba suatu sosok manusia yang seperti dikenalinya dilihat bersama sahabat muslimin itu. Pasti..itu Haikal! Haikal yang sering bertukar blog dengan Qistina di FB untuk pertambahan ilmu. Qistina mengenali Haikal melalui gambar Haikal di FB. Selepas berpaling sekali pada Qistina dari jarak yang amat jauh, Haikal terus pergi membawa diri. Qistina mula gelisah. “Ya Allah..Haikal kenal aku ke?”

Dengan kuasa Allah benar Haikal mengaku memang dia ternampak Qistina pada Jumaat itu. Qistina sangat tidak suka dirinya dikenali. Setelah habis Haikal dimarah Qistina, kemudian Qistina tersedar. Dia tidak sepatutnya memarahi hamba Allah itu kerana ini semuanya perancangan Allah. Qistina tidak sepatutnya marah akan perancangan Allah padanya. Qistina sepatutnya tenang menghadapi ujian dari Allah.

Sejak itu, Qistina melatih dirinya agar menjadi muslimah yang amat dekat hubungannya dengan Allah. Agar setiap langkahnya dipandu oleh Allah, tutur katanya dijaga oleh Allah, hatinya dibersihkan oleh Allah, fikirannya hanya memikirkan keredhaan Allah. Qistina yakin itu pasti suatu benda yang susah. Sangat susah tapi Qistina amat yakin dengan janji Ilahi barangsiapa yang benar-benar berjihad kerana Allah, akan mendapat ganjaran disisi Allah..Semoga keredhaan Allah itulah ganjaran yang akan diperolehinya kerana hidup mati Qistina hanyalah unutk mendapatkan keredhaan Ilahi..insyaAllah..

Setiap malam Qistina tidak lupa untuk sujud menyembahNya di keheningan malam merayu padaNya…

Ya Allah…ujianMu datang lagi. Kali ini Engkau mengujiku dengan dirinya yang sudah mengetahui siapa aku. Aku amat takut ya Allah. Sangat takut jika aku mencuri imannya. Aku bermohon tutupkanlah pintu hatiku ini serapat-rapatnya untuk kaum Adam. Bukakanlah hatiku ini hanya untuk cintaMu & suamiku. Jangan dibiarkan walau sekelumit zarah sekalipun perasaan kasih pada yang bukan muhrim di hatiku. Cukuplah aku sudah banyak belajar dari masa silamku yang kelam lagi hitam. Cukuplah hanya Engkau di hatiku Ya Rabb. Peliharalah & hanyutkanlah diriku dalam cintaMu. Engkaulah segalanya bagiku. Aku tidak sanggup berjauhan dariMu. Dalam Hatiku cukuplah hanya ada diriMu ya Allah…aminnnn~

wallahu'alam~

p/s: sekadar berkongsu bersama..^_^

No comments:

Post a Comment